Rancangan Perniagaan - Diniez Motor

Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada AGROBANK bagi menampung kos pengubahsuaian bengkel dan pembelian peralatan bengkel kereta mengembangkan perniagaan bengkel membaiki kereta di bawah syarikat saya DINIEZ MOTOR di Bukit Beruntung, Selangor Darul Ehsan.

Kos keseluruhan untuk mengembangkan perniagaan bengkel membaiki kereta ini ialah RM 50,000.00. RM 35,000.00 adalah untuk pembelian peralatan membaiki kereta RM 10,000 pengubahsuaian bengkel kereta untuk dan RM 5,000 lagi pembelian alat ganti kereta.

DINIEZ MOTOR telah beroperasi hampir 5 tahun dan pelanggan-pelanggan yang datang membaiki kereta semakin hari semakin menigkat. Berikutan perkembangan yang menggalakkan ini saya bercadang untuk mengubahsuai bengkel dan menambah peralatan mesin membaiki kereta bagi mempercepatkan lagi kerja-kerja membaiki kereta.

Dengan adanya bengkel kereta di lokasi ini, penduduk setempat dapat menjimatkan kos, masa dan wang. Disamping itu perniagaan ini mampu berdayasaing dan berkembang maju dengan memonopoli kuasa pasaran pelanggan masyarakat setempat.

Beli RP ini | RM 50 |

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 2 of 2

Who's Online

We have 1 guest online